Sinopsis
Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto forensik yang
kerjayanya setiap hari ialah melihat tubuh-tubuh yang dikerat menerusi lensa
kameranya. Dia menyertai rakan setugasnya, Detektif Man (Shaheizy Sam) yang sedang melakukan siasatan terhadap beberapa
siri pembunuhan mengerikan yang berlaku di Kuala Lumpur.
Sewaktu sedang menyiasat satu kes pembunuhan mengerikan,
Adam berkenalan dengan seorang perempuan misteri, Iva (Prisia Nasution) yang
merupakan jiran barunya. Melalui persahabatannya dengan Iva, Adam mula
mendapatkan kehidupannya semula dan mereka jatuh cinta. Iva mendedahkan bahawa
dirinya merupakan seorang bomoh berasal dari Borneo yang sedang mencari jati
diri suku kaumnya yang telah terperangkap dalam kaca negatif selama 100 tahun.
Dirinya ditemani oleh seekor semangat haiwan, Belian Nicholas Saputra.
Seabad yang lalu, seorang etnografi dari Eropah telah
mengambil gambar suku kaumnya sehingga telah memerangkap jiwa mereka ke dalam
plat kaca negatif. Sejak hari itu, Iva telah mengembara ke seluruh Asia untuk
berusaha mengembalikan jiwanya supaya dia boleh mati dengan tenang. Belian,
semangat suku kaumnya merupa bentuk sebagai manusia untuk memastikan dia tidak
menyeleweng daripada tugasnya. Adam mahu membantu Iva mencapai usahanya untuk
mati dengan tenang. Untuk berbuat demikian, Adam perlu melangkah ke dalam dunia
Iva yang penuh dengan pembunuhan, keghairahan dan ilmu hitam.
Link
Download
EmoticonEmoticon